Open top menu
#htmlcaption1 Pemimpin Islam Tapi Tolak Hukum Allah Rumah Perdana Menteri Rumah Rakyat

Thursday, 24 April 2014
no image

Himpunan Bantah GST & Kenaikkan Harga Barang, Pada 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka. Mulai 2 Petang - 5 Petang. SEMUA Rakyat Dijemput hadir...

Read more
Friday, 11 April 2014
no image

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
Read more
Thursday, 10 April 2014
Cerita Sebenar Pasangan Yang Ditahan Di Sweden. Rupanya Sangkaan Saya Salah Selama Ini!


Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden – September 2011..
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.
Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..
Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..
Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Senyuman terukir dengan hasil tangkapan
Bersama warga Malaysia yang lain pada Hari Raya Aidilfitri @ Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..
Mereka selalu ceria untuk ke sekolah 

Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, SwedenBersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato’ Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato’ Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato’ Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2..Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..
Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..
Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza..”

Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..
Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..

Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg
Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Arif tertidur sewaktu konvoi beraya..

Ammar dan Adam
selalu bermain dan tidur di bilik aku
Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..
Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa.. Credit photo to – Uncle Wan Batu..
Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..
Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan “Miss Shal” semasa di Sekolah Seri Putri..

Uncle Azizul (Kanan).. Bersama Kakitangan dan pelajar..

Auntie Shal (kiri) bersama pelajar dan warga Malaysia
Di Sukan ASEAN – Pretoria, South Africa
Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa..
Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang..
Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..
Read more
Monday, 17 February 2014
Kassim Ahmad: Dibidas isu ‘Pendewaan Nabi Muhammad’ boleh dorong murtad

 

Dr Kassim Ahmad berkata bahawa mustahil Nabi Muhammad semuanya tahu dari Al Quran dan Hadis. Lebih buruk bila beliau menggunakan kalimat RIDICULOUS merujuk kepada pengetahuan Nabi Muhammad saw.
Cuba tanya dia berapa rakaat solat semua waktu adakah ia disebut dalam Al Quran bukankah ia semua ditetapkan oleh hadis. Jadi yg mahu ditafsirkan semula oleh Kassim semestinya soal budaya dan politik terutama melayu dalam soal aurat dan ulama. Namun pastikan dulu empunya diri yg mahu menafsir jauh dari politik dan berkepentingan jika tidak inilah jadinya. Pengetahuan Nabi dari sumber wahyu dan ilham bukan boleh dicuba cuba dan ini bukan caranya mengubah budaya dan masa depan bangsa dan agama.
Tentunya akan ada si pemikir yang akan kagum dengan apa yg dilontarkan Kassim Ahmad…hanya kagum dan ternganga!
Laporan Astroawani:
ASWAJA, Perkasa dan PAS kecam kenyataan Kassim Ahmad
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh intelektual Melayu Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.
Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin berkata, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi Muhammad, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.
“Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan-kenyataan Kassim itu tegas Zamihan, merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.
Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.
“Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.
“Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar,” kata beliau.
Kassim dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.
Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Perkasa mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap Kassim.
Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan yang dibuat Kassim itu sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.
“Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Manakala PAS juga turut mendesak supaya Kassim diambil tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan serius.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan yang dibuat Kasim itu bukan hanya mencabul dan mencabar Majlis Raja-Raja Melayu tetapi turut menghina masyarakat Islam secara keseluruhan.
Read more
PANTAS MEMBANTAH PEMBAZIRAN HARTA RAKYAT



Asyik rakyat kena bangkit ajer ..tak boleh fikir ke pemimpin?

Beberapa blogger mendapat perhatian media cetak kerana sedia menegur kerajaan dan membantah cadangan nak naikkan tol dan lain-lain.

Pada kami, tindakan kerajaan ini perlu dibantah kerana jika diteruskan kenaikan demi kenaikan harga samada dari sebab kurangkan subdiri atau kajisemula tariff atau kaji semula perjanjian, nampak macam kerajaan hilang kawalan dan ini menyusahkan rakyat serta timbal balas politik jangkamasa panjang.

Biar ditentang sekarang dari susah dihari komdian. Lain pula kaki pertahan membabi buta tanpa memikir kesan yang bila sampai masa sentimen benci rakyat dah terlalu mendalam hingga susah nak diubah.

Isu sekarang samada isu kenaikan cukai hartanah atau toll atau mana-mana hal kenaikkan, takkan di atas itu takde yang fikir atau peduli langsung masaalah yang dihadapai rakyat. Mana boleh main terus naikkan dengan mendadak satu persatu sedangkan manifesto sudah letak kurangkan sara hidup sebgaia prioriti teratas dan toll dalam bandar akan diturunkan bertingkat-tingkat.

PM atau Timbalan atau Jemaah Menteri baca ke manifesto hingga hal ini boleh terlepas. Dalam kenyataan PM bahawa kerajaan akan kaji pun tak betul. Ini bermakna manifesto yang dibuat tak dikaji dan main serkap jarang.

Betul ianya demokrasi dan rakyat berhak untuk bersuara. Tapi kalau setiap hal asyik rakyat kena bersuara, rakyat akan hilang keyakinan dan terus undi pembangkang. Dengar khabar penyokong akarumbi BN dan UMNO pun dah mula hilang keyakinan dengan kebolehan kepimpinan untuk mentadbir dan memerintah.

Mererka dah berpersepsi Menteri-Menteri tak peka langsung dalam hal rakyat dan tak mahu fikirkan luar kotak untuk benar-benar cari jalan dahulukan rakyat. Masaalah begitu banyak.

Setiausaha-Setiausaha dan Pegawai Khas Pegawai Khas seolah tak tahu buat kerja. Menteri-Menteri tak mendapat sokongan kerana mereka asyik yes boss, takde inisiatif dan sibuk mintak isi kantung kawan-kawan dia.

Ada kemaruk nak pingat untuk diri sendiri dan naik gunung, dan terbit buku bawah nama sendiri walaupun orang lain yang tulis. Ada tu dah sama LGBT macam Anwar Ibrahim pun masih dikekalkan. 

Bila nak naikkan harga pasal kerajaan tak mampu, ia bermakna kerajaan perlu kaji semula kon pentadbiran dan potong mana-mana pembaziran dalam kerajaan. Ini perkara biasa yang dilakukan demi untuk diseimbangkan supaya kenaikan harga tidak terlalu banyak. Dalam business dipanggil cost down. 

Takkan begitu ramai cerdik pandai, takde yang boleh nasihat PM. Jika kerajaan tak mampu, tak bolehlah kerajaan ambil projek hartanah mega yang tak mampu. Tak boleh bukak agensi baru yang tak perlu.

Menteri yang dah pencen sampai 7 orang tak boleh dikekalkan dalam jawatan bertaraf menteri untuk dapat perk dan elaun serupa menteri.

Organisasi kerajaan perlu di streamline. Tutup mana-mana yang duplication dan menelan belanja ratusan juta seperti PEMANDU. Tak perlu pakai konsultant asing dan guna EThos sebagai konsultan untuk ;pilih konsultan. Tak perlu ada HSSI saja dan dibay
Read more
NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar The New Straits Times (NST) membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa berikutan mengeluarkan laporan fitnah terhadap Naib Presiden PAS itu .


Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.

Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.

Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.

Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.
Read more
PAS Akan Tentang Politik Perkauman

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang member jaminan kepada seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, PAS tidak akan mengikut rentak Umno-BN dan akan menentang politik perkauman.
Presiden PAS melambaikan tangan kepada warga TionghuaBeliau mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain.
“PAS mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk menyatupadukan kita, walaupun kita berbeza agama, berbeza kaum, tetapi ada perkara yang kita boleh bersatu, yang kita boleh bersetuju.
“Ada kalangan kita yang menjadi peniaga, jadi petani, nelayan dan sebagainya. Jadikan di tempat kerja masing masing ini, semangat tolong menolong antara satu sama lain,”jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Prlimen Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di kampong Tiong Kuala Terengganu pada Sabtu, 15 Februari.
IMG_6221Malangnya kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO yang telah memerintah selama hampir 60 tahun telah menjadikan perbezaan kaum ini sebagai alat untuk mengekalkan kekuasaan mereka.
Oleh sebab itu, beliau mendedahkan, mengapa isu perkauman telah dihidupkan semula oleh Umno dan BN sejak kebelakangan ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kaum Tionghua di seluruh negara yang telah menambah undi kepada PR pada pilihanraya lalu, yang telah menambah undi Melayu, walaupun turut meningkat, tetapi tidak mencukupi.
Oleh kerana Pakatan Rakyat banyak mendapat kemenangan di kawasan bandar berbanding di kawasan pedalaman, beliau menyeru para peniaga dibandar-bandar menyampaikan maklumat kepada mereka yang tinggal di kampung.
“kerana mereka yang ada di kawasan pedalaman, (kawasan) Felda tidak ada maklumat. Kita hanya mampu buat perubahan di kawasan bandar sahaja.
“Oleh kerana itu, peniaga peniaga yang ada di bandar ini, beri kefahaman kepada mereka. Kita memerlukan sedikit undi lagi. Satu perubahan yang besar akan dapat dilakukan,”saran beliau.
Justeru itu, beliau berkata, PAS memberi jaminan sesungguhnya akan menentang politik perkauman yang cuba dimainkan oleh mana-mana pihak.
“PAS memberi jaminan kepada kaum Tionghua, PAS akan menentang politik perkauman. PAS memberi jaminan. Dan PAS tidak akan terikut dengan politik perkauman BN.
“Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,”tegas beliau
Read more