Open top menu

Monday, 17 February 2014

 

Dr Kassim Ahmad berkata bahawa mustahil Nabi Muhammad semuanya tahu dari Al Quran dan Hadis. Lebih buruk bila beliau menggunakan kalimat RIDICULOUS merujuk kepada pengetahuan Nabi Muhammad saw.
Cuba tanya dia berapa rakaat solat semua waktu adakah ia disebut dalam Al Quran bukankah ia semua ditetapkan oleh hadis. Jadi yg mahu ditafsirkan semula oleh Kassim semestinya soal budaya dan politik terutama melayu dalam soal aurat dan ulama. Namun pastikan dulu empunya diri yg mahu menafsir jauh dari politik dan berkepentingan jika tidak inilah jadinya. Pengetahuan Nabi dari sumber wahyu dan ilham bukan boleh dicuba cuba dan ini bukan caranya mengubah budaya dan masa depan bangsa dan agama.
Tentunya akan ada si pemikir yang akan kagum dengan apa yg dilontarkan Kassim Ahmad…hanya kagum dan ternganga!
Laporan Astroawani:
ASWAJA, Perkasa dan PAS kecam kenyataan Kassim Ahmad
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh intelektual Melayu Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.
Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin berkata, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi Muhammad, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.
“Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan-kenyataan Kassim itu tegas Zamihan, merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.
Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.
“Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.
“Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar,” kata beliau.
Kassim dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.
Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Perkasa mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap Kassim.
Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan yang dibuat Kassim itu sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.
“Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Manakala PAS juga turut mendesak supaya Kassim diambil tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan serius.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan yang dibuat Kasim itu bukan hanya mencabul dan mencabar Majlis Raja-Raja Melayu tetapi turut menghina masyarakat Islam secara keseluruhan.
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

0 comments