Open top menu

Monday, 17 February 2014

KUALA TERENGGANU – Mayat Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, yang dilaporkan hilang sejak malam hari Jumaat (14 Februari), telah ditemui di sungai Kampung Tajin Kuala Berang.
Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon jam 11.50 pagi ini dari orang awam, dikatakan seorang pemancing, melaporkan kejadian itu.
Mayat tersebut telah dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
Semalam, pihk polis menyatakan, siasatan terhadap kes kehilangan Wan Hariff tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.
mayat wan hariff3Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md. Jamil berkata, malah penemuan kereta Audi milik mangsa berhampiran Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang pagi semalam juga mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.
Justeru, katanya pihak polis juga menafikan kes Wan Hariff Rafany berkait dengan penculikan.
“Polis menerima laporan berkaitan kehilangan individu ini dan berkemungkinan dia tidak pulang ke rumah kerana mempunyai urusan di luar. Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
mayat wan hariff2Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah bertugas di Pejabat Tanah Hulu Terengganu
Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

Newer Post
This is the last post.

0 comments